Kerana Seorang Mak Cik Niaga, Tak Puas Hati Adu Kat Sekolah Tak Layan, Kasi Masuk Paper

Segelintir ibu bapa pelajar di sebuah sekolah menengah berasa kurang senang dengan tindakan seorang makcik yang berniaga di perhentian bas di hadapan sekolah. Bagi mereka, tindakan makcik itu yang menjadikan perhentian bas sebagai tempat berniaga sebenarnya menyusahkan anak-anak mereka untuk berteduh sementara menunggu ibu bapa masing-masing datang menjemput pulang ke rumah.




Lelaki yang mahu dikenali sebagai Hashim berkata, dia tidak berniat untuk menyekat rezeki sesiapa tetapi perbuatan makcik itu disifatkan sebagai tidak kena pada tempat dan cara.





Tindakan makcik itu menyebabkan sesetengah pelajar terpaksa berjemur dan ada yang berlindung di pondok telefon awam berhampiran.





Peniaga minuman menggunakan perhentian bas sebagai tempat berniaga di hadapan sebuah sekolah menengah dekat Tanah Merah.





"Apa salahnya kalau penjaja terbabit guna payung besar dan letak meja jualannya di tepi perhentian bas ini supaya tidak mengganggu tempat pelajar menunggu bas.





“Kerajaan bina perhentian bas ini untuk kemudahan pelajar berteduh sementara tunggu bas atau ibu bapa mereka datang ambil, bukannya tempat untuk berniaga,” tegasnya semalam.





“Saya diberitahu, peniaga ini ambil peluang cari pendapatan sampingan dengan menjual air sementara menunggu anaknya yang belajar di sekolah itu pulang.





“Saya hormat usaha dia cari rezeki tetapi janganlah salah guna perhentian bas ini kerana kasihan bila tengok ada pelajar terpaksa berpanas sebab tidak cukup tempat untuk tunggu bas,” dakwanya.





Menurut Hashim lagi, masalah itu telah lama berlaku & pernah membuat aduan kepada pengurusan sekolah serta PIBGsekolah berkenaan, namun tiada tindakan susulan.





Tambahnya, dia bimbang jika perbuatan peniaga terbabit dibiarkan, ada penjaja lain akan turut mengambil kesempatan menggunakan perhentian bas sebagai tempat berniaga.





“Kalau tiada tindakan tegas diambil, kemungkinan penjaja di kawasan lain pula akan guna alasan sama dan ambil kesempatan salah guna perhentian bas untuk berniaga,” katanya.





Dalam pada itu, Hashim meminta pihak berkenaan sama ada agensi kerajaan atau pemimpin masyarakat tampil membantu memberikan kemudahan asas seperti payung besar kepada penjaja terbabit.





“Kalau boleh, pakat-pakat bantu sebab mungkin dia tidak ada pilihan dan terdesak cari rezeki untuk keluarga tetapi tidak ada keperluan asas seperti payung untuk berniaga,” katanya. - SINAR HARIAN





p/s: apsal pak cik tu tak bantu je mak cik tu? kan senang?

Related Posts :

0 Response to "Kerana Seorang Mak Cik Niaga, Tak Puas Hati Adu Kat Sekolah Tak Layan, Kasi Masuk Paper"

Post a Comment