Malang nasib buat seorang ibu tunggal apabila kereta miliknya, Hyundai Getz hanya tinggal kerangka atau besi buruk selepas sebulan lebih dihantar ke sebuah bengkel membaiki kenderaan di Bandar Tun Hussien Onn.
Normah, 39, meninggalkan keretanya kepada 3 pekerja bengkel tersebut pada awal Februari yang lalu selepas enjin keretanya gagal berfungsi.
Setelah kereta diperiksa oleh salah seorang mekanik bengkel itu, dia dimaklumkan bahawa keretanya mempunyai masalah brek dan meminta dia datang semula selepas seminggu.
Setelah seminggu, kereta masih juga belum dibaik pulih kerana mekanik mendakwa keretanya perlu menjalani proses baik pulih enjin dan diarahkan datang kembali selepas seminggu buat kali kedua.
Selepas seminggu, Normah cuba menghubungi pemilik bengkel untuk bertanyakan status keretanya tetapi gagal. Bagaimanapun dia telah datang ke bengkel itu pada minggu lalu untuk mengambil keretanya tetapi terperanjat bilamana melihat keretanya hanya tinggal kerangka.
Terkejut dengan kehadiran Normah secara tiba-tiba, mekanik memberikan alasan enjin dan komponen penting dihantar ke pekan Kajang untuk pemeriksaan lanjut.
Berang dengan tindakan mereka yang dibuat tanpa persetujuan dirinya, Normah mempersoalkan tindakan mereka namun diugut oleh mekanik bengkel tersebut dan dimarahi dengan kata-kata kesat.
Normah juga diarahkan membayar sebanyak RM5,000 untuk proses baik pulih keretanya.
Bagaimanapun, Normah meminta mereka mengeluarkan resit dan bukti pemeriksaan dijalankan untuk rujukan namun tidak diendahkan.
Sehingga kini pemilik bengkel gagal dihubungi dan kereta Normah juga gagal dikesan. Normah mengesyaki bengkel itu telah meleraikan keretanya untuk dijual. Susulan itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu 9, Cheras, di sini. - Harian Metro

0 Response to "Kereta Tinggal Kerangka Selepas Sebulan Dihantar Ke Bengkel Penipu!"
Post a Comment