Gara-gara Video ‘Buku Boleh Belacan Pun Boleh’ Seorang Guru ‘Ditegur’ Di Facebook

Memang banyak kes rakaman video atau gambar dimuat naik untuk tujuan suka-suka dan bergurau tapi tanpa disedari ia sebenarnya mengguris perasaan orang lain.





Jika semalam kami siarkan tentang gambar seorang makcik menjual kuih pukis yang diedit hingga menjadi seperti perkataan mencarut, kini rakaman ‘buku boleh belacan pun boleh‘ pula dipertikaikan kerana membawa mudarat pada murid perempuan dalam rakaman tersebut.



Perkara ini dibangkitkan kakak saudara kanak-kanak terbabit menerusi akaun Facebook Ina Ynaamor.



Ina yang mengambil Syafika pulang dari sekolah setiap hari mendakwa, rakaman itu mungkin kelakar dan comel bagi orang dewasa yang menonton namun ia telah menjejaskan perasaan murid terbabit yang bernama Syafika apabila menjadi bahan ejekan rakan-rakan sebaya.




Dia berpendapat guru tersebut sepatutnya menimbang dengan akal terlebih dahulu sebelum memuat naik video tersebut di laman sosial apatah lagi adik saudaranya itu dikatakan disuruh mengulang semula adegan dalam rakaman tersebut semata-mata untuk dirakam.



Justeru, dia bercadang untuk menemani ibu Syafika pergi menemui guru terbabit pada hari ini untuk bertanyakan motifnya berbuat demikian.






Bagaimanapun, syukurlah pagi tadi kes ini telah diselesaikan secara baik apabila guru terbabit dikatakan telah pun meminta maaf kepada bapa Syafika.









Pengajaran daripada hal ini mudah sahaja, kalau pun nak berlawak pertimbangkanlah dahulu sama ada perkara yang membuatkan kita ketawa itu mampu membuatkan orang lain berduka atau tidak?



Sumber: Mynewshub

Related Posts :

0 Response to "Gara-gara Video ‘Buku Boleh Belacan Pun Boleh’ Seorang Guru ‘Ditegur’ Di Facebook"

Post a Comment