COOL - TREK LARIAN TERTUTUP UNIVERSITI AUBURN YANG COOL (14 GAMBAR)

Di Amerika Syarikat sukan dan universiti berpisah tiada. Ada pelajar di ambil masuk semata-mata untuk menjadi atlit dan menaikkan nama universiti. Di Malaysia setahu kami tak ada program memberi biasiswa sukan kepada pelajar. Oleh sebab itu di Amerika Syarikat fasiliti sukan yang baik adalah keperluan. DiAuburn University yang terkenal dengan pasukan American Football mereka sebuah kompleks sukan baru dibuka tahun lalu. Ia mempunyai trek larian tertutup terpanjang di Amerika Syarikat. Kesemuanya diletakkan di bawah bumbung kompleks sukan yang juga menempatkan gelanggang bola keranjang, gimnasium dan dinding wallclimbing. Dengan keluasan 240 000 kaki persegi, para pelajar dapat bersukan dan memastikan diri mereka sihat. Tidak seperti student Malaysia yang suka lepak bilik layan TV Series dan main DOTA. Hey we did It too!









Related Posts :

0 Response to "COOL - TREK LARIAN TERTUTUP UNIVERSITI AUBURN YANG COOL (14 GAMBAR)"

Post a Comment