McD Percuma Jumaat 8 Ogos 2014 Adalah Palsu

McD Percuma Jumaat 8 Ogos 2014 Adalah Palsu. Seperti yang tersebar di laman sosial Facebook dan Whatsapp, Jumaat ini 8 Ogos 2014, Pihak McDonald’s Malaysia dikatakan akan memberikan makanan dan minuman percuma kepada orang ramai berikutan perlaksanaan satu kempen untuk memboikot dari membeli di restoran makanan segera McDonald’s selama 24 jam bermula Jumaat 8 Ogos 2014. Dikatakan Kempen boikot McD ini bertujuan untuk melumpuhkan sedikit sebanyak ekonomi Israel.








McD Percuma Jumaat 8 Ogos 2014 Adalah Palsu



Atas penyebaran berita dan khabar angin itu, McDonald’s Malaysia tampil dan menerangkan bahawa pemberian minuman dan makanan McD percuma adalah palsu dan tidak benar. McDonald’s Malaysia menjelaskan Kami ingin menerangkan bahawa berita mengenai McDONALDS’S AKAN MENGEDARKAN MAKANAN SECARA PERCUMA seperti yang disebarkan melalui Facebook dan media sosial adalah TIDAK BENAR dan BUKAN daripada McDonald’s. Ia merupakan khabar angin yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my dan Facebook McDonald’s










Penyebaran berita itu dikatakan disiarkan di siaran radio Hitz.fm yang memberitahu McDonald’s Malaysia akan memberikan makanan dan minuman ringan percuma ke masjid – masjid terpilih pada jumaat ini iaitu 8 Ogos 2014. Walaubagaimanapun pihak radio Hitz.fm telah menafikan dakwaan ini danpenyebaran khabar angin atau berita ini adalah palsu dan tidak benar sama sekali.









Related Posts :

0 Response to "McD Percuma Jumaat 8 Ogos 2014 Adalah Palsu"

Post a Comment