Garuda!
Perubahan cuaca medadak mengakibatkan berlakunya iklin aneh di seluruh dunia. Inilah penyebab berlakunya puting beliung di Malaysia minggu ini dan bukannya kerana adanya pesta anjing. Yes people it is all science and we have been warned about freak weather for years. Tetapi tidak ramai yang peduli kerana who gives a shit right. Di Indonesia pemanasan cuaca dunia megakibatkan paras air laut meningkat. Sebagai sebuah negara dengan ribuan pulau, ini amat merisaukan kerajaan Indonesia. Di Jakarta masalah yang paling besar ialah ianya semakin tenggelam akibat kombinasi kenaikan paras air laut dan tanah yang tenggelam akibat penyedutan akuifer kotaraya ini sendiri. Dianggarkan 40 peratustanah di Jakarta yang mempunyai 10 Juta penduduk kini berada di bawah paras laut. Yang menghalang kawasan ini dari ditenggelami air ialah benteng air yang telah dibina. Malang sekali benteng yang sedia ada tidak lagi memandai kerana kota ini tenggelam pada kadar dianatra 2.9 - 6.7 inci setahun!
Projek The Great Garuda ialah antara projek yang mungkin boleh menyelamatkan Jakarta dari terus tenggelam. Projek bentenga laut gergasi ini akan mengambil masa30 tahun untuk disiapkan. Apabila siap kelak 17 buah pulau baru akan dibina berhampiran Jakarta dan ia akan menghalang air laut dari membanjiri kota ini. Projek ini direka dengan kepakaran syarikat Belanda. Belanda ialah negara yang sudah berdekad membina leevee bagi menghalang negara mereka dari tenggelam. Jika projek ini menjadi realiti sebuah pulau berbentuk Garuda gergasi akan dapat dilihat dari angkasa.Ianya juga akan menempatkan kawasan kediaman untuk 1 Juta penduduk. Kos pembinaan pula akan mencecah 485 Trillion Rupiah (USD 40 Billion). Expensive!
Sumber Kuipers
0 Response to "INDO - THE GREAT GARUDA : PROJEK MEGA 485 TRILLION RUPIAH DI JAKARTA (6 GAMBAR)"
Post a Comment