SERIUS : 100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar






Salah satu fakta yang ramai orang dah tahu tentang perniagaan besar adalah, kebanyakan perniagaan besar yang ada sekarang bermula dari satu perniagaan kecil.



Namun begitu, ramai yang terlupa akan realiti bahawa hasil dari idea perniagaan kecil boleh jadi perniagaan besar.



Lalu mereka tunggu dan tunggu kesempurnaan untuk terus menjadikan perniagaan mereka perniagaan besar sekali gus.



Jika kita sedar bahawa diri kita yang dah besar panjang ini sebenarnya bermula daripada seorang bayi yang kecil, maka kita juga sepatutnya sedar akan potensi perniagaan kecil yang sedang atau akan kita laksanakan nanti boleh membesar menjadi sebuah perniagaan yang besar dan hebat.



Oleh itu, buat sementara waktu ini, lupakan dahulu perniagaan besar dan mari kita berikan tumpuan pada senarai idea perniagaan kecil di bawah yang boleh dijalankan oleh anda di luar sana yang berminat untuk menjadi usahawan kecil yang boleh berjaya.



(Nota tambahan: Saya akan update dan kembangkan ulasan pada setiap perniagaan yang disenaraikan di bawah bila ada masa terluang sedikit demi sedikit. Sebab saya lihat ini adalah artikel popular yang ramai orang singgah. Jadi elok di kembangkan lebih mendalam agar dapat manfaat untuk pembaca)

Berikut adalah senarai idea perniagaan kecil yang boleh dipertimbangkan:



Perniagaan kopi – banyak jenis atau model perniagaan kopi ni. Boleh buat kedai kopi, boleh buat serbuk kopi tradisi goreng kat rumah dan lain-lain. Pencinta kopi memang ramai, ada yang suka kopi original dan ada yang suka kopi ala-ala Malaysia. Ada satu kedai di Taman Tun Dr Ismail yang saya minum dengan kawan menjual semua jenis minuman kopi… hanya kopi. Mereka siap anjurkan kelas mengajar ilmu berkenaan kopi dan bagaimana merasa kopi. Menarik perniagaan kopi ini.



Perniagaan teh – Sebut teh, semua akan terbayangkan Teh BOH atau Teh Lipton. Mereka dah besar sangat dan ada ladang sendiri. Tapi jika kita kreatif, boleh cari Teh menarik buatan luar atau tempatan dan jadi ajen. Kalau kena strategi tentu boleh dijual. Saya pernah pertimbangkan nak jadi pengedar Teh Mekah satu masa dulu. Kalau yang pernah ke Mekah tentu kenal Teh Rabia, memang terkenal kat sana. Tapi projek tu terhenti sekerat jalan. Tak tau pulak siapa yang jadi ajen Teh Rabia kat Malaysia sekarang.



Perniagaan milo – Minum milo anda jadi sihat dan kuat!, semua pernah dengar moto tersebut. Sebenarnya Milo adalah jenama dan perniagaan sebenarnya adalah minuman koko. Ada orang yang tahu teknik bancuhan koko ini sampai sedap diminum macam air milo. Kalau kita ada ilmu bancuhan tersendiri, kita boleh buat jenama sendiri dan pasarkan kecil-kecilan minuman koko. Kenalah cari nama yang sesuai. Tapi susah rasanya nak buang perkataan Milo dari minda rakyat kita.



Perniagaan susu kambing – Ini perniagaan yang dah mula popular sekarang. Ia lebih dikaitkan dengan kesihatan. Ada saudagar susu kambing besar di Indonesia yang tawarkan pada saya untuk jadi ajen susu kambing keluaran mereka untuk dipasarkan di Malaysia. Tapi rasanya kat Malaysia juga ada jenama susu kambing yang berjaya dan besar perniagaan mereka, Higoat. Cari pengeluar susu kambing dan cipta jenama sendiri dan pasarkan secara kecil-kecilan di sekitar kawasan penempatan. Kalau kena tekniknya tentu boleh membesar dan berjaya. Tak payah bela kambing pun untuk itu.



Perniagaan minuman botol berperisa – Perniagaan kecil minuman botol memang ada potensi untuk menjadi perniagaan besar. Lihat saja Coca-Cola, Pepsi, F&N, Red Bull dan banyak lagi. Mereka berjaya ke tahap dunia. Ramai usahawan kecil di kampung berjaya naik dengan mula membotolkan minuman berperisa. Ini industri mudah untuk dipasarkan jika kita rajin. Ada banyak kilang yang boleh kita outsource untuk membotolkan jenama minuman kita sendiri. Mulakan dengan menghantar ke kedai-kedai makan berhampiran dan seterusnya mengorak langkah lebih jauh.



Perniagaan air mineral – Ini perniagaan yang kadangkala pelik. Bayangkan jika diceritakan pada tok nenek kita ada orang jual air kosong untuk diminum, tentu mereka hairan. Tapi minuman mineral atau air minuman biasa yang kosong ini menjadi perkara biasa di seluruh dunia. Masih ada banyak ruang untuk sesiapa saja masuk dalam industri ini. Tak perlu keluarkan duit untuk sedut air dari bumi, cukup sekadar outsource pada kilang pengeluar air minuman dan bina jenama kita sendiri. Mulakan dengan hantar ke kedai-kedai runcit berhampiran sebelum negorak langkah lebih jauh.



Perniagaan air buah-buahan – Di bulan ramadan, perniagaan air buah-buahan ini amat laris. Orang yang sedang puasa akan terliur melihat bagaimana proses air buah dilakukan di bazar ramadan. Industri ini juga amat besar. Siapa tak kenal Marigold, sedap air buah limaunya yang berpulpa. Anda juga boleh mula buat jenama sendiri samada proses sendiri secara kecil-kecilan di rumah atau outsource pada kilang yang sedia ada.



Perniagaan air bertenaga – Ada seorang kawan yang buat sendiri formula air bertenaga dengan jenamanya sendiri. Takmsilap saya dia namakan sebagai “Charge”. Dia berjaya edarkannya ke rata tempat, tapi dek kesilapan pengurusan perniagaan, dia tewas. Tapi dia masih belum tamat, dia turun dan mulakan semula dan kali ini dengan outsource pada kilang lain. Anda juga boleh buat perkara sama. Bukan formula yang utama, tapi ilmu niaga dan ilmu pengurusan perniagaan yang lebih penting. Mula kecil-kecilan untuk belajar sebelum pergi jauh.



Perniagaan kek – Dulu jarang kita lihat orang jual kek di pasar malam. Malah tak terfikirpun orang nak beli kek dan makan hari-hari macam sekarang. Sekarang kek ada dijual melaui internet, di pasar malam dan juga di kedai-kedai. Ada yang buat kek sendiri dan pasarkan sendiri. Ada juga yang ambil kek orang buat dan pasarkan dengan jenama sendiri. Yang pentingnya ilmu perniagaan, dan bukannya ilmu buat kek. Jika ditambah dengan minat dalam bab kek ini, perniagaan ini ada potensi tinggi untuk pergi jauh.



Perniagaan biskut homemade – Ini juga sama macam perniagaan buat kek di atas. Ada yang punya formula turun temurun buat biskut. Ada yang mampu buat biskut kalah Chipsmore, tapi tak reti pasarkannya. Ada juga yang tak reti uruskan pengeluaran secara besar-besaran. Kalau anda ada ilmu dan kesungguhan untuk berniaga, cari saja orang yang ada resepi rahsia sebegini dan suruh dia buat pengeluaran dan anda buat pemasaran.



Perniagaan roti bun homemade – Semua orang dah boleh buat roti bun sendiri sekarang. Kena ada modal sikit untuk sediakan peralatan dan alat pembakar roti. Saya kenal kawan yang laburkan sedikit wang untuk belajar dan beli peralatan untuk buat roti bun, kemudiannya mula jual secara kecil-kecilan sampai mampu menjana wang yang agak baik. Ada banyak cara untuk pasarkan roti bun ini, termasuklah dengan meletakkan di kantin sekolah, restoran berhampiran dan seumpamanya. Bila pasaran dah besar, boleh tempah di kilang buat roti bun yang besar untuk dipasarkan dengan jenama sendiri pula.



Perniagaan coklat homemade – Ini satu lagi perniagaan yang menarik. Ramai dah pandai buat coklat sendiri dan kalau tak pandai boleh beli vcd ebook yang menurunkan ilmu buat coklat. Pasarkan di FB atau bawa ke pejabat untuk dijual secara kecil-kecilan. Ramai orang suka coklat ini. Di Langkawi, pasarayanya banyak menjual berbagai jenis coklat dan jika anda kreatif boleh tiru mana yang sedap dan buat jenama anda sendiri.



Perniagaan kuih frozen – Satu lagi perniagaan yang boleh dimulakan secara kecil-kecilan. Samada dengan suruh orang lain buat dan anda pasarkan atau buat sendiri dan pasarkan sendiri juga. Ada emak seorang kawan saya yang mula buat sendiri kuih frozen dan pasarkan pada kawan-kawan. Kemudian anak-anaknya pula pasarkan pada kawan-kawan mereka dan seterusnya perniagaan itu membesar. Jika anda ada minat, ada idea besar untuk majukan perniagaan ini, boleh mulakan sekarang secara kecil terlebih dahulu



Perniagaan roti canai frozen – Di kampung saya roti canai frozen sering dijual di tempat pengajian di mana ramai orang tua-tua yang pergi belajar agama di sana. Antara tawaran unik yang penjual itu tawarkan adalah roti canai buatan Melayu Muslim dan dijamin suci bersih. Orang tua di situ tak suka makan roti canai di kedai mamak, oleh itu roti canai frozen yang bersih itu mendapat sambutan hangat. Orang beli bawa balik rumah dan panaskannya kalau nak makan. Simpan dalam peti sejuk kalau tak naka makan lagi. Ini juga satu perniagaan yang boleh bermula secara kecil.



Perniagaan pizza frozen – Ramai juga orang yang dah mula jual pizza di pasar malam. Pizza dan jadi makanan biasa bagi masyarakat kita. Biasanya pizza yang ditawarkan adalah jenis pizza Amerika yang tebal rotinya. Jarang saya lihat pizza Itali yang nipis dan lazat. Tak kisah samada pizza ala Amerika atau ala Itali, anda boleh buat pizza frozen dan boleh edarkan di pasar malam atau pasarkan sendiri pada kenalan atau di internet.



Perniagaan murtabak frozen – Murtabak ada berbagai jenis, ada jenis mamak, ada jenis Melayu dan lain-lain lagi. Kalau di pasar malam, orang cuba perkenalkan jenama murtabak mereka dengan berbagai jenama. Ada satu murtabak frozen yang saya lihat agak popular satu masa dulu. Mereka namakan sebagai murtabak Singapura. Tapi proses buat murtabak ini agak mencabar kerana anda tak ada pilihan selain daripada perlu memasaknya terlebih dahulu. Kalau ramuan urtabak anda sedap dan tahan lama, insyaallah boleh mendapat sambutan.



Perniagaan burger - Ini perniagaan yang senag sangat untuk diceburi oleh sesiap saja di negara kita. Dari Johor sampai ke Perlis, kita boleh lihat ada ratusan ribu peniaga burger yang menggunakan konsep stall burger. Mereka mula berniaga di tepi jalan, tepi restauran tepi taman bila menjelang waktu petang. Industri ini anyak membantu perkembangan daging burger Ramly satu masa dulu. Anda juga boleh mulakan perniagaan burger dengan mudah. Malah jauh lebih mudah daripada perniagaan roti canai.



Perniagaan popia – Ini bukan satu industri kecil. Popia amat terkenal di negara kita dan kalau kena gayanya popia anda boleh menjadi pilihan ramai. Kalau di Giant Shah Alam, saya lihat satu kiosk popia yang dijual oleh orang muda. popia mereka mendapat sambutan menggalakkan walaupun dijual dengan harga RM1 satu. Kalau anda lewat, semua popia akan habis terjual.



Perniagaan putu piring – Peniaga putu piring di pasar malam Puchong tak pernah berhenti buat kerja sejak gerainya dibuka sampailah habis kesemua putu piringnya. Begitulah larisnya perniagaan putu piring di pasar malam Puchong. Peniaga putu piring di kampung saya di Pekan Penanti Bukit Mertajam dah dua keturunan meneruskan perniagaan yang sama sampai sekarang. Ertinya pasaran putu piring sentiasa ada kalau anda ada kemahiran buat putu piring. Mulakan dengan kecil-kecilan dan fikirkan bagaimana nak besarkan perniagaan putu pirng tersebut.



Perniagaan putu buluh – Dulu putu buluh agak jarang berbanding dengan putu piring dijual di tepi jalan dan pasar malam. Tapi sekarang nampaknya ada bermacam jenama putu buluh samada di Port Dickson, Melaka, Gombak, Ulu Langat dan banyak tempat lagi. Ini juga satu perniagaan unik menarik yang boleh dimulakan secara kecil-kecilan. Jangan lupa bagaimana perniagaan boleh dikembangkan sampai ianya membesar.



Perniagaan putu mayam – Biasanya putu mayam hanya dijual oleh orang India samada dengan naik motosikal ataupun naik basikal. Sekarang ramai sudah orang Melayu yang jalankan perniagaan putu mayam di pasar-pasar malam. Cuma saya jarang lihat orang Melayu naik motosikal atau van pick-up pasarkan putu mayam mereka secara mobile. Ini satu perniagaan menarik yang memang ada pasaran dan boleh dimulakan secara kecil-kecilan dan boleh difikirkan bagaimana nak dibesarkan.



Perniagaan tauhu – Seingat saya tauhu halal yang dibuat oleh orang Melayu hanya popular apabila pertubuhan Al-Arqam berusaha melakukannya dan memasarkannya. Kini dah ramai orang Melayu pandai buat tauhu. Ada banyak penjaja sayur-sayuran menjual tauhu di pasar-pasar malam. Kalau anda boleh buat tauhu, ada potensi yang mudah untuk menjualnya secara borong pada para penjaja dan juga kedai-kedai runcit di kawasan berhampiran tempat anda tinggal.



Perniagaan tau fu fa – Dulu Tau Fu Fa ni orang Melayu tak berapa kenal. Tapi sekarang ramai yang menjualnya di pasar-pasar malam. Ada yang buat sendiri dan menjualnya menggunakan lori pick-up, ada juga yang hanya ambil daripada orang lain dan memasarkannya secara kecil-kecilan. Makanan ini tak menjemukan malah kanak-kanak amat menggemarinya. Jika anda mulakan perniagaan ini, insyaallah tak ada masalah terhadap pasarannya. Boleh cuba selalu.



Perniagaan buah-buahan – Dari zaman saya kanak-kanak sampai sekarang ada berbagai model perniagaan buah ini telah saya lihat. Ada yang jual buah secara longgok dan ada pula yang jual buah secara dikupas dan dimasukkan dalam plastik. Malah sekarang ada yang jual kedua-dua konsep di atas. Pasarannya tetap ada samada di tepi jalan atau tumpang disebelah kedai makan orang. Pastikan buahnya segar dan dapat menghilangkan dahaga. Mungkin boleh gabungkan sekali buah kupas, buah longgok dan air buah, tentu manarik. Atau paling mudah tanam pokok buah dan jual pada pemborong. banyak konsep dalam penjualan bah ini. Be creative dong!



Perniagaan makanan pasar malam – Antara perkara paling laris tak menang tangan di pasar malam ada perniagaan makanan. Lihat gerai jual mee, mihun, nasi goreng dan seumpamanya, mesti ada lebih dari satu taukeh. Siapa buat sedap dan pantas servisnya dia akan dikerumuni orang ramai. Fikirkan apa saja makanan rutin, jual di pasar malam insyaallah ada jalan.



Perniagaan jual air minuman pasar malam – Ini satu lagi gerai yang sentiasa laris. Kecuali di hari hujan, gerai jual air ini sering sibik. Cara persembahan airnya amat menarik sekarang berbanding cara dulu. Orang suka kalau ada berbagai jenis air pilihan. Lagi banyak lagi meriah. Saya kenal ramai usahawan berjaya dengan menjadi taukeh besar restoran sekarang ini bermula dengan hanya menjual air di pasar malam atau tapak keramaian.



Perniagaan baju kurung – Orang perempuan ramai yang boleh buat baju kurung. Tapi tak ramai yang ada ilmu pemasaran dan tak ada strategi untuk kembangkan kemahiran itu jadi satu perniagaan. Biasanya mereka hanya sibuk pada musim raya sampai tak menang tangan dan banyak potensi jualan terbuang begitu saja. Jika anda kreatif, cuba mula tempa baju kurung sedikit demi sedikit dan cuba fikirkan design yang bakal mendapat sambutan dengan buat sample dan pasarkan dalam internet. Mana yang laku itu bakal jadi top produk anda.



Perniagaan pakaian kanak-kanak – Tak payah pandai buat pakaian kanak-kanak sendiri, cari saja dari negara China. Utamakan keselesaan dan kemudiannya baru gaya. Ada banyak design pakaian kanak-kanak hanya canggih dari segi penampilan gaya sedangkan kanak-kanak terseksa memakainya sebab gatal atau menyukarkan pergerakan. Ibu bapa perlu beli pakaian kanak-kanak ini lebih kerap kerana proses pembesaran mereka yang cepat. Pakaian kanak-kanak bukanlah satu perniagaan bermusim.



Perniagaan pakaian perempuan – Pakaian perempuan lebih umum berbanding pakaian baju kurung. Ada banyak rekaan pakaian sekarang dan antara yang tegah hot adalah jubah dan pakaian muslimah berkain cotton. Orang perempuan lebih kerap membeli berbanding orang lelaki, jadi berniaga saja barangan untuk orang perempuan memang ada potensi besar.



Perniagaan pakaian dalam perempuan – Ini satu lagi perniagaan ang cukup besar pasarannya. Ada berbagai jenis pakaian dalam perempuan jika kita selidiki. Ada berbagai pasaran untuk berbagai kumpulan sasaran ang berbeza. Jual online pakaian dalam seksi untuk para isteri melelehkan airliur suami tentu salah satu idea yang menarik untuk dicuba.



Perniagaan tudung – Siapa sangka perniagaan tudung wanita muslimah boleh cecah jutaan ringgit sebulan. Tapi tudung Fareeda telah buktikannya. Mereka ada strategi tersendiri untuk modelkan semula perniagaan tudung dengan suntikan idea dunia fesyen ke dalamnya. Perniagaan tudung ini amat menarik dan boleh dimulakan dengan segera secara kecil-kecilan dan boleh dijual secara online. Selami dunia model dan fikirkan semua model perniagaan tudung yang ada dan bina satu model yang anda rasa sesuai dan menarik.



Perniagaan pakaian muslimah – Pakaian Muslimah ada pasarannya yang tersendiri. Dalam bahasa business kita panggil Niche market, sebab hanya khas untuk para muslimah yang bertudung. Untuk pastikan perniagaan niche membuatkan anda jadi kaya raya, pastikan perniagaan anda menjadi leader dalam niche tersebut. Boleh dimulakan dengan kecil-kecilan secara trading dan tetapkan satu konsep yang anda rasa ada permintaan yang mencukupi. Perniagaan ini juga boleh dimulakan secara online yang membuatkan kos permulaan tidak berapa tinggi.



Perniagaan pakaian sekolah – Ini satu perniagaan bermusim. Biasanya bila tiba musim nak masuk sekolah, perniagaan ini akan meletup dan mereka yang bijak dapat buat duit dengan banyak. Tapi perlukan modal yang tinggi untuk buat banyak duit. Kalau tak ada modal, boleh mulakan secara kecil-kecilan dan separuh masa bila tiba musimnya.



Perniagaan kasut sekolah – Sama seperti perniagaan di atas, ia merupakan satu perniagaan bermusim. Tetapi kasut sekolah biasanya akan dibeli tidak kira musim sangat. Anak-anak kecil sekolah rendah biasanya amat lasak penggunaan kasut mereka. Jadi jika anda boleh sediakan satu tawaran kasut murah dan dijual secara online terutamanya untuk para ibubapa yang ramai anak lelaki, ada potensi untuk pergi jauh.



Perniagaan kasut selipar – Lihat Asadi, jenama kasut yang semua orang kenal sekarang di negara kita. Dia mulakan secara low profile dan buat kasut-kasut yang murah untuk kegunaan orang ramai. Jika anda ada modal sedikit dan ada idea untuk penjenamaan kasut selipar anda sendiri, boleh mulakan perniagaan ini secara online dan kemudiannya mula edarkan pada kedai-kedai kasut di kawasan luar bandar terlebih dahulu. lama-lama ia akan jadi lebih besar jika idea kasut anda mendapat sambutan.



Perniagaan pakaian sukan – Kedai sukan ada di mana-mana pekan atau bandar di negara kita. Pakaian sukan juga merupakan salah satu perniagaan kegemaran para usahawan kecil yang mulakan perniagaan dengan sistem pembekalan. Mereka bekalkan pada organisasi seperti sekolah, persatuan atau kelab sukan. Jika anda ada kekuatan untuk bina jaringan dan ada lubang tempahan pakaian sukan yang kompetitif, anda juga boleh mulakan perniagaan ini. Boleh juga pasarkan mengikut musim sukan di negara kita dengan kenal pasti pasukan bola atau lain-lain yang mendapat sambutan.



Perniagaan cadar dan selimut – Perniagaan cadar dan selimut mudah dan ada pasaran tinggi sebab ia merupakan salah satu barang yang orang perempuan suka beli. Walaupun cadar yang ada masih elok, orang perempuan akan beli juga satu yang baru dan menarik hatinya. Ia bukan perniagaan bermusim. Asalkan anda ada idea bagaimana menawarkan pilihan yang unik, anda boleh tempah design tersebut dan mula pasarkan. Juga boleh dimulakan secara online. Ada kawan saya yang pasarkan cadar menarik dan sekali buat tawarn mendapat permintaan ratusan ribu.



Perniagaan tudung meja – satu lagi perniagaan yang mensasarkan orang perempuan sebagai pembeli. Tudung meja mudah dibuat samada daripada bahan plastik maupun daripada kain. Jika anda tahu menjahit, boleh design tudung meja yang menarik dan datangkan sekali dengan pakej plastik putsinar. Pemasaran boleh dilakukan melalui FB atau media sosial lain. Jika ada tempahan banyak, boleh mula outsource ke kilang yang mampu keuarkan secara besar-besar. Anda perlu ada idea hebat dan tahu kehendak pasaran.



Perniagaan kain tuala – Ramai orang Pakistan mula berniaga kain tuala di negara kita. Mereka bawa banyak kain tuala dan menjajanya di pusat membeli belah. Mereka sewa sedikit ruang untuk perniagaan mereka. Sekarang saya lihat orang Melayu dah mula jual kain tuala, mungkin mereka ambil dari Pakistan, atau dari Kilang tempatan. Ada juga yang ambil daripada lelongan kain tuala hotel.



Perniagaan ambil upah menjahit

Perniagaan ambil upah memasak

Perniagaan khidmat penghantaran

Perniagaan khidmat mengurut

Perniagaan khidmat baiki peralatan eletrik

Perniagaan khidmat pest control

Perniagaan khidmat potong rumput

Perniagaan khidmat menjaga tanaman perhiasan

Perniagaan baiki paip dan kebocoran rumah

Perniagaan ubah suai rumah atau bangunan

Perniagaan hiasan dalaman

Perniagaan khidmat cuci rumah dan pejabat

Perniagaan khidmat kemas rumah dan memasak

Perniagaan khidmat hantar makanan

Perniagaan khidmat hantar budak sekolah

Perniagaan khidmat hantar pekerja kilang

Perniagaan khidmat jaga kanak-kanak

Perniagaan khidmat menjaga binatang peliharaan

Perniagaan khidmat potong atau trim pokok

Perniagaan kumpul barang buangan kitar semula

Perniagaan baik pulih barang lama

Perniagaan baik pulih barang antik

Perniagaan khidmat guaman

Perniagaan sewa rumah atau sublet

Perniagaan jual barang lama

Perniagaan jual barang antik

Perniagaan tuisyen budak sekolah

Perniagaan urus akaun syarikat

Perniagaan ajar orang masak

Perniagaan ajar orang menjahit

Perniagaan ajar orang berniaga

Perniagaan baik pulih perniagaan

Perniagaan ajar orang bertani

Perniagaan ajar orang memimpin

Perniagaan ajar orang jaga kesihatan

Perniagaan ajar seni pertahanan diri

Perniagaan ajar orang beli saham atau melabur

Perniagaan ajar orang ilmu hartanah

Perniagaan ajar orang menulis

Perniagaan ajar orang berkomunikasi

Perniagaan ajar orang berenang

Perniagaan ajar orang hias rumah

Perniagaan jual buku online

Perniagaan jual ebook online

Perniagaan ajar orang baik pulih kenderaan

Perniagaan jual basikal

Perniagaan kedai runcit

Perniagaan khidmat jaga orang tua

Perniagaan beli dan jual barang (Trading)

Perniagaan jual produk herba

Perniagaan jual minyak wangi

Perniagaan jual ikan kering

Perniagaan jual kerepek

Perniagaan jual keropok leko mentah

Perniagaan jual ikan bilis

Perniagaan jual mee mentah

Perniagaan cuci kenderaan

Perniagaan jual theme wordpress

Perniagaan barang kosmetik wanita

Perniagaan menguruskan wanita bersalin

Perniagaan bawa orang mengembara



Akhirnya dapat juga saya senaraikan 100 idea perniagaan kecil berdasarkan apa yang sering saya lihat di sekeliling kita. Sudah tentu semua pembaca dapat menambah 100 lagi idea perniagaan kecil yang tidak saya senaraikan di atas.

Peringatan untuk mereka yang nak memulakan idea perniagaan kecil!



Untuk memulakan perniagaan, jangan tunggu sempurna. Jangan tunggu produk anda sempurna. Sebaik sahaja produk atau khidmat dapat dilaksanakan dan boleh diterima, anda boleh terus memulakan idea perniagaan kecil anda tersebut.



Urusan membaiki idea perniagaan atau produk anda hanya perlu dilakukan sepanjang mengharungi perjalanan perniagaan anda selepas itu.

Senaraikan pula idea perniagaan kecil anda di ruang komen di bawah agar kita dapat berkongsi!!!



Sumber : hidupringkas.com

Related Posts :

0 Response to "SERIUS : 100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar"

Post a Comment