SERIUS : Gempar Wanita Tiba-tiba Berbogel Di Taman Rekreasi




Pengunjung di Taman West Lake, Bandar Baru, di sini, yang datang menikmati keindahan malam dikejutkan dengan seorang wanita yang berjalan di sekitar taman itu berbogel, Jumaat lalu.





Memetik dari sisipan akhbar HarianMetro hari ini, dalam kejadian jam 2.30 pagi, wanita yang berusia 30-an itu dipercayai kurang siuman dan berjalan di sekitar taman itu tanpa mengenakan seurat benang sehingga menimbulkan suasana kecoh dalam kalangan pengunjung taman itu.



Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Saiful, 27, berkata, dia yang memancing di taman itu terkejut apabila mendapati wanita itu berada tidak jauh darinya mula membuka pakaian.



Katanya, selepas menanggalkan semua pakaiannya, wanita itu merayau-rayau di sekitar taman itu tanpa mempedulikan teguran pengunjung.



WANITA yang dipakaikan semula pakaiannya selepas berbogel di tempat awam.



“Wanita itu tidak mengendahkan pengunjung walaupun ada antara pengunjung merakamkan gambarnya yang berbogel.



“Beberapa minit kemudian, Ahli Persatuan Keselamatan Kampar (PKK) dan orang ramai yang berada berdekatan menangkapnya dan menylimutinya dengan kain sementara menunggu polis tiba,” katanya.



Ahli Jawatankuasa PKK Foo Kin Fei berkata, ahli PKK yang tiba di kawasan taman itu selepas menerima panggilan daripada orang ramai cuba memujuk wanita terbabit supaya memamkai semula pakaiannya, namun gagal.



“Kami difahamkan wanita terbabit kurang siuman dan mendapatkan rawatan di hospital Kampar. Dia melarikan diri sehingga ke taman itu sebelum membuka pakaiannya,” katanya.



Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian dan memaklumkan wanita berasal dari Malim Nawar itu dalam proses penghantaran ke hospital mental disebabkan kurang siuman.

Related Posts :

0 Response to "SERIUS : Gempar Wanita Tiba-tiba Berbogel Di Taman Rekreasi"

Post a Comment