SERIUS : Mengapa Tarikh Dan Hari Pada Kalendar 2014 Dan 1997 Adalah Sama? Ini Jawapannya






Tahukah anda kalendar pada tahun 1997 adalah sama dengan kalendar pada tahun 2014. Satu hal yang menarik untuk dikaji tetapi ramai yang tidak perasan mengenai hal ini.



Sebagai contoh, pada 1 Januari lalu tarikh tersebut jatuh pada hari Rabu dan ia berlaku pada 1 Januari 1997 juga tarikh tersebut jatuh pada hari yang sama, sementara pada akhir tahun juga jatuh pada hari Rabu. Dan pada bulan Februari juga mempunyai bilangan hari yang sama pada tahun 1997 iaitu 28 hari.



Adakah ini sekadar kebetulan atau ada sesuatu yang perlu kita ketahui?



Memetik artikel yang dikongsikan dari laman blog ini, hal tersebut telah menarik perhatian seorang pakar astronomi dan fizik, Thomas Djamaluddin adalah Professor Kajian Astrofizik dari Lembaga Penerbangan dan Angkasa Nasional Indonesia telah memberikan penjelasan berkaitan hal ini.



Thomas memberitahu, terdaapt pusingan dalam perjalanan waktu dari tahun ke tahun yang tidak disedari sehingga terdapat persaman antara tahun 1997 dan 2014.



“Secara umumnya akan berlaku persamaan dalam setiap 28 tahun sekali,” Jelasnya.



Menurut Thomas lagi, kalendar tahun 2014 adalah sama dengan tahun 1986 dan persamaan ini akan berlaku lagi pada tahun 2042.



Angka 28 tahun adalah berasal dari perkalian antara nombor 4, ia diperolehi dari tahun genap yang berlangsung 4 tahun sekali dengan nombor 7 pula, mewakili jumlah hari dalam seminggu.



Namun waktu 28 tahun tersebut, terdapat juga persamaan antara satu tahun dengan tahun yang lain. ” Dalam waktu 28 tahun itu, ada persamaan menurut pola 6-11-11-6,” jelas Thomas yang meneliti sistem kalendar tersebut.



Berdasarkan pola tersebut, kalendar tahun 2014 tidak hanya sama dengan tahun 1997, tetapi juga sama dengan tahun 2013. Pada masa akan datang kalendar pada tahun 2014 akan sama dengan kalendar pada tahun 2025, 2031 dan 2042.



Kesamaan ini tidak hanya dijumpai pada kalendar masehi, atau kalendar Hijrah. “Kalendar Hijriah mempunyai pola pusingan sekitar 33 tahun,” kata Thomas.



Jadi, apabila sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013 jatuh pada tanggal 8 Ogos, maka Hari Raya Aidilfitri 33 tahun berikutnya, iaitu pada tahun 2046 juga akan jatuh pada tarikh yang sama.

Related Posts :

0 Response to "SERIUS : Mengapa Tarikh Dan Hari Pada Kalendar 2014 Dan 1997 Adalah Sama? Ini Jawapannya"

Post a Comment