Kemalangan yang membabitkan 3 buah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta di KM25 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur pagi tadi telah mengorbankan 2 nyawa penunggang manakala seorang lagi cedera parah.
Salah seorang mangsa kemalangan maut akibat rentung selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbakar.
Berita kemalangan ini mengejutkan dan mendapat perhatian kumpulan motosikal berkuasa besar yang lain termasuk rakan-rakan mangsa.
Bagaimanapun, melalui satu perkongsian di laman blog ini, status WhatsApp terakhir mangsa yang maut terbakar agak memilukan kerana menceritakan tentang kematian.
“Sakit dan mati itu pasti….bersedia dan redho ketentuan Ilahi”, begitulah yang tertera di status WhatsApp beliau yang telah dikirimkan oleh salah seorang sahabat mangsa.
0 Response to "SERIUS : Status Terakhir Whatsapp Penunggang Motosikal Yang Maut Di Lebuhraya Karak Semalam"
Post a Comment