SERIUS - UNIVERSITI CHINA MENHARAMKAN PELAJAR MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR KETIKA KULIAH (5 GAMBAR)

Peranti pintar dan pelajar kolej kini adalah seperti isi dengan kulit, irama dan lagu serta Arsenal dengan masalah kecederaan yang kronik. Setiap pelajar kolej yang kami temui memiliki peranti pintar mereka sendiri kerana ia memudahkan komunikasi dengan rakan sekuliah malah mengurangkan keperluan menyalin nota di dalam kelas (ambil sahaja gambar pada papan putih). Semasa kami di kolej kami tidak mempunyai peranti pintar kerana ianya masih belum tercipta. Apabila kuliah bosan kami terpaksa menahan mata dari tertutup. Pelajar kolej sekarang boleh melayari internet semasa bosan di dalam kelas bagi mengurangkan kebosanan. Malang sekali penggunaan peranti pintar di dalam kelas juga menyebabkan tahap tumpuan di dalam kelas kini juga berkurangan. Oleh sebab itu Universiti Central South di Changsha China kini mengharamkan penggunaan peranti pintar ketika kuliah. Setiap pelajar perlu meletakkan peranti pintar mereka di hadapan kelas semasa kuliah dijalankan. Pengaharaman ini mendapat sambutan yang baik dari pensyarah, ibu bapa dan mengejutkan oleh pelajar universiti ini sendiri. Sekiranya arahan yang sama diberikan oleh universiti di Malaysia adakah anda akan menerimanya dengan hati yang terbuka? Adakah pengharaman penggunaan peranti seperti ini mampu meningkatkan tahap tumpuan pelajar? Kami secara peribadi merasakan lebih baik main telefon di dalam kelas dari tertidur di bawah meja di dalam kelas akibat kebosanan. Sekurang-kurangnya telinga masih boleh mendengar ketika bermain dengan peranti. Sila berikan pendapat anda di bawah







Sumber ECNS

Related Posts :

0 Response to "SERIUS - UNIVERSITI CHINA MENHARAMKAN PELAJAR MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR KETIKA KULIAH (5 GAMBAR)"

Post a Comment