WTF : 10 Rawatan Untuk Pesakit Gila Paling Mengerikan

Bagi kebanyakan orang , penyakit jiwa dianggap pelik, namun dianggap juga mengerikan . Tidak jarang pula orang menganggapnya sebagai penyakit keturunan.





Berikut Inilah 10 rawatan Untuk Orang Gila Paling Mengerikan Di Dunia :



1 . Trepanasi ( Melubangi Kepala)






Trepanasi adalah satu kaedah rawatan sakit jiwa yang tertua , bahkan digunakan oleh manusia yang hidup di zaman purba. Cara rawatan ini disebut mengerikan kerana kepala pesakit dibedah dan tengkoraknya dilubangi .



Tujuan dari trepanasi adalah untuk mengenal pasti punca yang terdapat di kepala pesakit yang mengalami sakit jiwa atau masalah. Kaedah tersebut amat berbahaya kerana berkemungkinan berakhir dengan maut. Kaedah ini juga popular di Eropah pada abad ke-17.





2. Menghilangkan Organ- Organ Tubuh




Bagi Dr . Henry Cotton, gangguan jiwa disebabkan oleh jangkitan. Satu- satunya pengendalian adalah dengan menghilangkan organ-organ tubuh yang dijangkiti.



Praktiknya bermula sejak awal abad ke-20. Awalnya, beliau mengambil gigi pesakit satu persatu, dan jika penyakitnya masih belum sembuh juga beliau akan mengambil organ yang lain.



Sepanjang kerjayanya, hanya ada 50% yang bertahan hidup dengan kaedah ini. Padahal, belum tentu juga pesakit itu berjaya sembuh secara mental. Ketakutan kaedah ini diabadikan dalam buku berjudul madhouse , yang ditulis Andrew scull .





3. Lobotomi










Pencetus lobotomi adalah Edgar Monis yang sempat membuat kesimpulan bahawa masalah kejiwaan berpunca dari lobus frontal (salah satu bahagian di dalam otak) . Dan satu- satunya cara untuk menghilangkannya adalah dengan menghancurkan bahagian tersebut . Doktor memasukkan alat perubatan, ke dalam rongga mata untuk memotong saraf bahagian depan otak. Pemecah ais adalah alat yang sering digunakan untuk kaedah ini.



Awalnya lobotomi berjaya memberikan penyembuhan untuk para pesakit. Namun setelah berjaya dan banyak pesakit yang menjalani rawatan ini, mereka menemui jawapan bahawa dalam jangka masa panjang , pesakit akan mengalami lumpuh kekal.





4. electroshock






Melihat namanya , mungkin anda sudah boleh membayangkan elektrik berarus tinggi yang dialirkan ke tubuh pesakit. Elektroshock pertama kali digunakan oleh doktor Itali setahun sebelum perang dunia pertama. Elektrik 400 volt dialirkan keseluruh otak , dan berpotensi menyebabkan amnesia dan kerosakan otak. Walaupun sangat kontroversi dan berbahaya, namun masih banyak psikiatris yang menggunakan cara ini.





5. dicipta Koma






Koma adalah keadaan yang cukup menakutkan di dalam dunia perubatan. Namun Manfred Sekel telah menggunakan kaedah koma untuk menyembuhkan pesakit.



Beliau pertama kali menggunakan kaedah ini pada penagih dadah , dengan cara menyuntik insulin dalam jumlah yang besar. Setelah bangun dari tidur yang panjang , pesakit mengakui telah sembuh. Kaedah yang sama ternyata juga boleh menyembuhkan pesakit yang mengalami sakit jiwa.



Namun pada akhirnya , kaedah ini dihentikan kerana kesan sampingan yang amat mengerikan mula muncul. Pesakit mulai banyak yang meninggal akibat berlebihan insulin.





6. Metrazol Treatment






Psikiater asal Hungaria Ladislas von Meduna telah meraih populariti gara- gara penemuannya ini . Dia menggunakan sejumlah ubat -ubatan untuk menenangkan schizophrenia . kesan dari ubat- ubatan ini adalah membuat pesakit menjadi kejang, namun pada akhirnya bersikap lebih tenang. Namun setelah beberapa kali digunakan , muncul keanehan dari perilaku pesakit , sehingga penggunaan ubat ini akhirnya dihentikan.





7. hidroterapi



Jika mendengar kata hidroterapi , mungkin anda akan berfikir tentang tab yang dipenuhi air hangat dan selesa. Tapi jangan salah-faham, terapi yang dimaksudkan di sini ternyata sangat menyakitkan! Pesakit disembur dengan air bertekanan tinggi untuk mengurangkan sikap agresifnya . Mereka disembur sambil berdiri, atau diikat di tab mandi dengan tekanan yang amat tinggi.





8. terapi Putaran



Terapi ini memang boleh dikatakan aneh. Mana tidaknya pesakit diputar- putar, baik secara manual dengan alat . Harus diakui bahawa terapi yang dibangunkan oleh Charles Darwin ini memang tidak berbahaya dan tidak akan trauma. Namun yang pastinya , pesakit bakal mengalami ketidak-seimbangan yang kuat selepas menjalaninya.





9. menghilangkan Rahim






Kaum hipokrat percaya bahawa histeria, adalah kelainan mental wanita yang berkaitan dengan rahim yang bergeser. Satu- satunya cara untuk menghilangkan ini adalah dengan memperbaiki kedudukan rahim.



Namun pada abad ke-20 , cara yang agak gila telah mula dilakukan. Dari kaedah asal memperbaiki kedudukan, kaedah oophorectomy secara langsung menghilangkan ovari wanita yang yang menderita histeria .Kaedah ini sama saja dengan kaedah kastrasi , yang membuat wanita tak mungkin hamil dan melahirkan .





10. kaedah Mesmer



Walau kaedah yang diterapkan Frantz Mesmer ini amat berkesan, sekurang-kurangnya cara ini tidak terlalu membahayakan pesakit. Beberapa magnet ditempatkan ke dalam tubuh pesakit untuk mengawal kesan graviti bulan terhadap tubuh. Beliau sempat memaparkan teori yang cukup rumit tentang teorinya ini . Dan tak lama kemudian, beberapa pesakit mengaku sembuh dengan cara ini. Malang sekali, akhirnya cara ini dianggap tidak relevan dengan rawatan penyakit mental.

0 Response to "WTF : 10 Rawatan Untuk Pesakit Gila Paling Mengerikan"

Post a Comment