WTF : 9 Barangan Pelik Yang Dijual Di Laman eBay




eBay merupakan portal jual beli terbesar dalam dunia Internet. Pelbagai barangann boleh dijumpai dalam laman tersebut dan sudah pasti terdapat juga benda atau barangan pelik yang dijual di eBay.





Dipetik dari entri di sebuah blog, kami berkongsi kepada anda apakah barang yang paling pelik pernah dijual di eBay.



1. Dahi seorang lelaki






Seorang lelaki telah menjual dahi beliau di eBay sebagai ruang iklan. Andrew Fischer dari Omaha telah menjual dahi beliau sebagai ruang iklan. Beliau telah meraih $37,375 (RM122,317) dari SnoreStop untuk mengiklankan jenama itu di dahi beliau.



2. Sebuah bandar di Texas






Sebuah bandar di Texas, Albert terkenal dengan rentak hidup yang perlahan dan penuh sejarah. Tawaran termasuk dengan gelaran Datuk Bandar dan juga sebuah kedai arak.



3. “The Meaning of Life”






Seorang penjual eBay telah mendakwa menjumpai maksud “tujuan hidup”. Pembida tertinggi membayar dengan harga $15.

4. Bayi






Sepasang ibu bapa telah menjual anak mereka di eBay pada harga permulaan serendah RM4 sebagai satu jenaka. Malangnya, pihak berkuasa telah “menyelamatkan” bayi tersebut dan ibu bapa tersebut telah disiasat kerana cuba menyeludup bayi.



5. Tingkap Penembak John F. Kennedy






Tingkap dan juga bingkai dari tempat dimana Lee Harvey Oswald melepaskan tembakan ke arah John F Kennedy dijual pada harga RM9 juta.



6. Tisu yang telah Dipakai






Tisu yang telah diguna oleh pelakon Scarlett Johansson telah meraih lebih RM15 ribu dan dibeli oleh rakan pelakon, Samuel L Jackson dan diderma kepada sebuah badan kebajikan.



7. Hantu dalam Balang






Penjual barang ini telah menjumpai balang menggunakan pengesan besi. Beliau terkejut akan melihat isi didalam balang itu.Balang itu menarik bidaan tipu sehingga RM300 juta.



8. Sandwich Berbentuk “Virgin Mary”






Seorang penjual eBay menjual sekeping roti sandwich yang mempunyai bentuk ‘Virgin Mary’. Ianya terjual dengan harga RM90 ribu.



9. Kehidupan Seorang Lelaki






Ian Usher berjaya menjual kehidupan beliau sebanyak hampir RM1 juta. Ini termasuk dengan sebuah rumah, kereta, jet ski, pekerjaan dan juga pengenalan kepada rakan-rakannya di Perth, Australia.



Adakah anda mempunyai barang yang pelik untuk dijual? Mana tahu ianya mungkin membawa tuah kepada anda.

Related Posts :

0 Response to "WTF : 9 Barangan Pelik Yang Dijual Di Laman eBay"

Post a Comment