WTF : Filem Dracula Untold Dan Putar Belit Hollywood – Ada Sesuatu Yang Kita Tidak Tahu






Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fatihin Abshar telah berkongsi sedikit pandangan dan review beliau berkenaan filem Dracula Untold yang baru ditayangkan di pawagam seluruh dunia baru-baru ini.



Dalam entri tersebut, beliau mengupas dan memberi penjelasan sebenar disebalik filem Dracula tersebut. Yang menariknya dalam filem itu didapati terdapat fakta yang telah diputarbelit oleh Hollywood, sejarah yang telah dipesongkan dan dalam filem itu seolah-olah ingin menggambarkan sisi negatif yang terdapat pada tokoh Islam pada ketika itu.



Ikuti sepenuhnya entri beliau di bawah, bagi kami penerangan ini sesuatu yang berbaloi untuk kita ketahui..



Melihat cerita Dracula Untold memang benar mencabar



begitu dashyat putar belit Hollywood dalam mengggelapkan Sultan Al Fateh dalam filem ini



sekarang mudah sahaja nak mengubah sejarah

buat saja movies, masukkan elemen love sikit supaya penonton mudah cair

( kalau buat buku orang tak baca, kalau buat movies, genre action pula, confirm marketing dan audiensnya lebih meluas)



tunjukkan sisi Vlad the Impaler yang sangat baik sampai sanggup korbankan diri kerana rakyatnya



manakala Turki Uthmaniyah dimainkan sebagai kerajaan yang sangat kejam dan gila kuasa



yang hairannya



mereka tidak pula menunjukkan bagaimana Vlad The Impaler membunuh delegasi Turki dengan mengetuk paku ke dalam kepalanya

(dulu delegasi ialah orang tidak boleh dibunuh walaupun dalam perang sekalipun, kalau bunuh, itulah jenayah paling terbesar waktu ketika dahulu)



mereka tidak tunjukkan penyembilan beramai ramai umat islam seramai 300,000 ribu orang di Wallachia oleh Vlad



mereka tak tunjukkan pula payudara wanita dipotong dan penderaan seksual terhadap muslimah muslimah Islam oleh Vlad



mereka tidak pula menunjukkan orang miskin direbus hidup oleh Vlad



mereka tak pula tunjukan yang Vlad pernah meracun sungai Danube



tetapi dalam filem

nah



sekarang

Sultan Muhammad Al Fatih, sultan yang terbaik menurut sabda Nabi

pembuka Kota Constantiinople

Di mana strategi beliau merupakan strategi perang paling terbaik di dunia oleh pakar strategi zaman ini



Penawanan pula dibuat secara aman, tidak ada pembunuhan beramai ramai seperti apa yang dibuat oleh Rom, Parsi, dan Monggol apabila mereka menawan sebuah kota

(Tapi seperti biasa, kebanyakan dokumentari dan buku sejarah Bharat kata tentera alFateh telah membakar, membunuh,menyembelih dan merogol rakyat jelata selama 3 hari 3 malam)



Malah Sultan Mehmet II( Al Fateh) juga digelar sebaik baik raja menurut hadis nabi



tapi kini sudah dianggap dunia sebagai

seorang pembuli, berlagak, dan gila kuasa dek kerana filem ini!



Jannisari, kumpulan tentera komando elit pada Turki Uthmaniyah juga tidak terlepas dari fitnah ini

Iya,



sememangnya sejarah merakamkan Turki Uthmaniyah mengambil anak anak Kristian sebagai ahli



Ya,



dalam satu sudut nampak seperti oppress

tetapi tujuan Sultan mengambil anak anak Kristian, ialah golongan ini tidak ada kepentingan pollitik ataupun mana mana hubungan dalam pimpinan negara

ini memastikan tidak berlaku “coup-de-etat” di kalangan tentera Janissari terhadap kerajaan



Malah pengambilan bukannya sekejam digambarkan dalam filem ini

direkodkan ibu bapa Kristian merebut merebut menghantar anak mereka ke Jannisari kerana mereka akan mendapat paling terbaik oleh negara



Mereka akan belajar secara percuma, disekolah percuma, makanan diberi percuma



siap ada ibu bapa yang menyamar jadi Kristian lagi semata mata ingin menghantar anak mereka untuk menyertai Jannisari!!



mana tidaknya

semua percuma



Kata sejarawan Georgiades Arnakis

“Polisi Turki Utmaniyah antara paling baik kepada golongan Kristian berbanding kerajaan sebelumnya seperti Byzatine dan Roman”



Satu lagi

Lakonan Dominic sebagai Sultan Mehmet agak tidak sesuai

( nama pun cerita kait sejarah kan, mestilah buat betul betul ikut karakter,orang dalam bidang lakonan mesti lagi sangat tekankan benda ini)



Kalau kita ihat lukisan Gentile Bellini yang melukis muka Mehmet Al Fateh

ia lebih segak dan hensem kot



sebab sultan sultan di Turki Utmaniyah waktu itu sangat dijaga rutin hidupnya dan pemakanannya oleh pakar pakar nutrisi sentiasa supaya tampak segak dan tampan



mereka tinggi

badan sasa

tidak gemuk



bila musuh melihat sahaja sudah kagum dan gerun



iya dalam durasi 92 minit sememangnya waktu yang sangat singkat untuk menceritakan sebuah tamadun yang bertahan lebih 600 tahun lamanya

saya akui



Saya juga tidak memaksumkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan membuat kesimpulan bahawa tamadun ini tidak mempunyai sisi sisi gelap yang boleh diambil iktibar



banyak juga



tetapi

menghitamkan zaman kerajaan Turki Uthmaniyah pada era kegemilangannya

dan memutihkan Vlad The Impaler yang sangat kejam dan seorang pembunuh



adalah tindakan kurang adil bukan sahaja sebagai sejarawan

tetapi dari segi manusiawi!



* apapun

kelemahan kita orang islam juga ada

filem Malaysia masih di tahap memalukan

Dari Mamak Cupcake, Rindu Awok 101%,movies races races. mat rempit jadi contoh, hantu terlompat, hantu puyong, tak habis filem tahyul yang tidak membina penonton



lihat saja mereka

membuat movies ini bukannya ilmu sejarah datang dengan tiba tiba

semuanya dengan kajian dan bacaan



moga sinar kebangkitan filem filem Melayu dapat dipelopori seperti MrTheAllShared dan Hamasah Syabab yang akan memenuhi vakum kekosongan filem filem berkualiti dari tempatan mahupun dari dunia islam



tiba masanya kita pula menyebarkan propanganda melalui filem!

maksud saya bukan lagi filem filem cinta islamik



tetapi filem sejarah islam kita!



————————————–

TAMBAHAN

alaaa, come on la wey, movies je kot

yang overeacting sangat ni kenapa?

movies untuk entertaiment je la



yes, it just a movies.



cuba bayangkan perkara sama kepada kita. contohnya. ada orang hasilkan movies tentang kisah kita, semua hampir sama, dari tempat lakonan guna rumah kita, nama guna nama sebenar, mak ayah kita guna nama yang sebenar juga. tetapi, filem ni habis semua totally menghina kita, family kita, imej kita….

kata kita gila, kejam, pencuri, perogol



tuan masih anggap itu hiburan lagi ka?



disiplin menceritakan sejarah perlu dijaga

tidak kira ianya sekadar fisyen, tetapi apabila dimasukkan karakter yang diambil dari sejarah

Ketulusan dalam menyampaikannya perlu berhati hati



anda mungkin rasa ini hiburan, pergi baca comment di youtube oleh non muslim di europe di dracula untold review



baca apa mereka kata tentang turki uthmaniyah sekarang



“oppressor, kejam, melampau,barbaric

lepas tu siap sokong lagi Vlad sebagai hero”



lihat satu dua movies tentang sejarah Turki

terus comment seperti expert dalam sejarah ketamadunan Turki



sudah ramai yang dah percaya dek kekurangan ilmu tentang sejarah sebenar dari cerita ini



sekarang

hiburan lagi kah?



*sensitiviti kepada sejarah hanya pada mereka yang tahu kepentingannya…

Related Posts :

0 Response to "WTF : Filem Dracula Untold Dan Putar Belit Hollywood – Ada Sesuatu Yang Kita Tidak Tahu"

Post a Comment