Cool : Syamsul Yusof Tayang Kereta Mewah, Ferrari F12 Berlinetta

Syamsul Yusof adalah seorang pengarah dan pelakon yang sering muncul menerusi filem-filem bercorak aksi di Malaysia. Beliau mencipta rekod sebagai pengarah termuda memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 26 tahun.





Umum mengenali syamsul sebagai anak kepada pengarah tersohor yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man iaitu sutradara Dato’ Yusof Haslam. Hasil kejayaan bapa beliau diteruskannya dengan cemerlang setelah penghasilan beberapa filem box office.








Terbaru memetik sumber dari sebuah blog hiburan, Syamsul Yusof sedang sibuk untuk penggambaran filem Desolasi dan salah satu yang menarik perhatian kami ialah kereta jenis Ferrari F12 Berlinetta yang digunakan.



Tidak pasti samada ia milik beliau atau sekadar kenderaan yang digunakan untuk penggambaran tersebut. Walaubagaiamanapun, gambar beliau ber gaya dengan kenderaan tersebut yang telah dikongsikan di laman instagram telah mendapat perhatian dari seluruh peminat.


Related Posts :

0 Response to "Cool : Syamsul Yusof Tayang Kereta Mewah, Ferrari F12 Berlinetta"

Post a Comment