Jumaat lalu sebuah perkara bersejarah berlaku di National Cathedral Washington DC. Upacara solat Jumaat dilakukan di dalam rumah ibadah kristian ini buat pertama kalinya. Ianya dilakukan bagi memperbaiki hubungan antara agama besar dunia dan menunjukkan bahawa toleransi akan membawa kepada keamanan sarwajagat. Upacara ini dianjurkan oleh All Dulles Area Muslim Society (ADAMS), Masjid Muhammad (the Nation's Mosque),Council on American-Islamic Relations (CAIR), the Islamic Society of North America (ISNA), dan Muslim Public Affairs Council (MPAC). Terdapat beberapa bantahan dari beberapa kumpulan kristian di Amerika Syarikat dan upacara solat ini diganggu oleh SEORANG wanita yang menjerit "Jesus Is Lord!" sebelum dibawa keluar oleh pihak keselamatan.
Sumber HuffPo
0 Response to "SERIUS - SOLAT JUMAAT DI DALAM KATEDRAL NEGARA AMERIKA SYARIKAT (15 GAMBAR)"
Post a Comment