Masalah pengumpulan sampah sudah menghantui manusia sejak mereka mula tinggal di dalam bandar. Di London sampah dicampak keluar dari tingkap dan mereput di atas jalan tanah diantara bangunan. Istilah "taking the high road" mula digunakan kerana di orang ramai akan berjalan di atas permukaan jalan yang lebih tinggi bagi mengelak memijak air kumbahan yang mengalir di dalam "longkang" yang terbentuk pada permukaan jalan yang rendah. Di China masalah yang dialami PBT ialah tong sampah yang mudah rosak. Tong sampah besi yang digunakan mereka cepat berkarat dan dicuri oleh pengumpul besi buruk. Jadi diTaiyuan China pihak berkuasa tempatan mula menggunakn tong sampah plastik gergasi yang ditanam di tepi jalan bagi menggantikan tong sampah besi sedia ada. Tong sampah ini dikatakan lebih tahan lasak dan tidak bernilai untuk dicuri. Terdapat juga sistem pengesan tahap sampah. Apabila ianya penuh ia secara automatik akan memberitahu pengambil sampah untuk mengosongkannya. Tak sesuai untuk digunakan di negara kita. Lepas hujan tong sampah berubah menjadi kolam renang pula!
Sumber ECNS
0 Response to "SERIUS - TONG SAMPAH GERGASI DIGUNAKAN DI CHINA (8 GAMBAR)"
Post a Comment