Pada awal 1900-an, seorang jurugambar bernama Edward S.Curtis memulakan projeknya menjejak sekumpulan etnik atau suku masyarakat penduduk asli di Amerika Syarikat pada ketika itu.
Projek ini adalah satu dokumentari dimana mereka perlu menyenaraikan sebilangan penduduk asal yang mendiami Amerika sebelum berlakunya penjajahan.
Curtis ketika itu telah mendapat dana dari J.P Morgan, seorang pelabur yang terkaya di Amerika Syarikat. Dalam tempoh beberapa tahun, Curtis berjaya merakam lebih dari 80 suku kaum dan berjaya menghasilkan hampir 40,000 keping gambar.
Dokumentari ini telah dimuatkan di dalam sebuah buku bertajuk ‘The North American Indian’ dan ia telah menarik minat dan perhatian seluruh masyarakat Amerika dan Eropah.
Kejayaan yang diperoleh Curtis dalam misi menjelajah dan mencari wajah-wajah sebenar penduduk Asal benua Amerika Syarikat mendapat pujian seluruh masayarakat barat dan beliau telah dianugerahkan anugerah Nobel hasil kajian dan pengembaraan itu.
Di bawah adalah beberapa fotografi yang dihasilkan oleh Edward Curtis. -HarianBlogger.Com
0 Response to "SERIUS : Wajah Sebenar Orang Asli Amerika (13 Gambar)"
Post a Comment