Empat adik beradik yang berumur sekitar 2 hingga 7 tahun ditemui berkeliaran tanpa arah tuju di Sibu Jaya, lapor dari sebuah sebuah laman Bintulu.Org, semalam.
Menurut laporan polis mereka ditemukan dengan wang tunai RM70, payung dan beg dan dipercayai adalah dari keturunan Iban.
Polis berkata, cubaan untuk menjejaki ibu bapa kanak-kanak malang ini tidak berjaya dan kes ini telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk sisatan lanjut.
Adik-beradik ini telah dikenal pasti nama mereka iaitu Menai, IYEN (kedua-dua usia 7 tahun), Echa 4 dan Olivia 2 tahun.
TERKINI: Saudara kandung kanak- kanak ini kini di Hospital Besar Sibu, jika sesiapa yang mempunyai info berkaitan adik-beradik ini bolehlah berhubung terus di talian 084-3300675 (En Alitaha Ayang). -HarianBlogger.Com
0 Response to "WTF : Empat Beradik Ditinggalkan Ibu Di Pasar"
Post a Comment