WTF : Remuk Hati Isteri Terjumpa Rakaman Video Intim Bersama Wanita Lain Dalam Laptop




Hancur luluh hati seorang isteri apabila terjumpa video aksi lucah dan hubungan seks suaminya bersama beberapa wanita lain disembunyikan di dalam komputer riba.





Menurut laporan MyMetro hari ini, wanita berusia 24 tahun itu terjumpa rakaman video itu secara tidak sengaja ketika sedang mengemas rumah mereka di Salak Selatan di sini, kelmarin.



Sumber polis berkata, kejadian berlaku pada jam 12 tengah hari ketika mangsa terjumpa komputer riba suaminya yang masih tidak ditutup.



Menurutnya, mangsa kemudian cuba menutup komputer riba itu, namun terkejut apabila terjumpa satu fail video mencurigakan.



“Sebaik dibuka, mangsa terkejut melihat video itu mengandungi rakaman video suaminya sedang melakukan hubungan seks dengan wanita tidak dikenali.



“Mangsa yang sedih dengan kecurangan suaminya itu kemudian meminta penjelasan terhadap video itu,” katanya.



Menurutnya, suami mangsa bagaimanapun naik angin dan mengarahkan mangsa tidak mencampuri urusannya.



“Namun, pertengkaran berlaku sebelum lelaki terbabit mengamuk sebelum menampar pipi isterinya itu.



“Tidak cukup dengan itu dia turut menumbuk muka mangsa berulang kali dan membelasah isterinya itu sehingga pecah bibir,” katanya.



Menurutnya, suspek kemudian terus beredar dan tidak mempedulikan mangsa yang cedera dibelasah.



Bimbang kejadian yang sama berulang, mangsa segera membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan selanjutnya.



Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut oleh pihak ber kuasa sedang dijalankan.

Related Posts :

0 Response to "WTF : Remuk Hati Isteri Terjumpa Rakaman Video Intim Bersama Wanita Lain Dalam Laptop"

Post a Comment