LOL : Mohon Jawatan Young Engineer Macam Minta Kerja Salesgirl (4 Gambar)





Kiriman dari seorang forumer di sebuah forum:



SOFT SKILLS



Hari ni sempat semak email-email permohonan kerja di syarikat saya.



Macam-macam gaya ada. Ada kuak lentang, ada kuak dada, ada kuak kupu-kupu, ada gaya bebas dan ada yang terjun tiruk.



Yang paling best, buat karangan permohonan kerja di bahagian subjek.



Surprisingly, semua ni degree holder.
















Hakikatnya segelintir ‘fresh graduate’ masa kini menganggap permohonan sesuatu jawatan itu sebagai perkara yang remeh. Mana tidaknya jika diamati screenshot email yang dikongsikan beliau, dapat kita bayangkan sikap segelintir graduan yang bersikap lepas tangan.



Asal buat sudah cukup, tanpa ada ‘mukadimah’ dan berharap pengurus syarikat itu akan mengambil anda bekerja apabila menerima permohonan ini.



Moleknya gunalah bahasa yang baik dan rasmi ketika memohon sesuatu jawatan walaupun jawatan yang anda pohon itu hanyalah sekadar praktikal atau dalam bahasa rasminya Latihan Industri.



Apa pendapat anda? Ada pengalaman ketika memohon kerja di sesebuah syarikat? Swasta atau kerajaan? -HarianBlogger.Com

Related Posts :

0 Response to "LOL : Mohon Jawatan Young Engineer Macam Minta Kerja Salesgirl (4 Gambar)"

Post a Comment