Pembantu Juruterbang pesawat Germanwings dengan sengaja menjunamkan pesawat sehingga terhempas. Perkara itu disahkan oleh Pendakwaraya Marseilles, Bryce Robin dalam sidang media hari ini.
"Kami berjaya mendapatkan 10 minit terakhir transkrip pesawat itu. Dalam 20 minit pertama kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang berbual secara normal antara satu sama lain.
"Tafsiran pada hari ini, dan saya bercakap 48 jam selepas nahas itu... kemungkinan besar disebabkan oleh pembantu Juruterbang - Tindakan yang disengajar - Enggan membuka pintu kabin untuk juruterbang.
"Dia enggan membuka pintu kokpit dan bertindak menekan butang yang memulakan prosedur pesawat menurun.
"Saya mengingatkan anda bahawa dalam tempoh lapan minit terakhir pesawat ini menjunam dari 12,000m ke 2,000m."
Apabila ditanya jika tindakan pembantu juruterbang adalah tindakan bunuh diri. "Saya tidak akan menyebut perkataan ini kerana saya tidak tahu."
"Dia tidak mempunyai sebab untuk melakukan tindakan itu.
"Pembantu Juruterbang baru bekerja beberapa bulan dan mempunyai rekod 100 jam penerbangan menggunakan pesawat ini.
Pesawat Germanwings Airbus A320 membawa 144 penumpang dan 6 krew pesawat dalam penerbangan dari Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf, Jerman sebelum terhempas di Selatan Pergunungan Alps, Perancis. Pihak berkuasa mengesahkan tiada penumpang dan krew pesawat terselamat dalam nahas tersebut!
0 Response to "Pembantu Juruterbang sengaja junamkan Pesawat hingga terhempas!"
Post a Comment