Buat masa ini, mungkin semua sudah sedia maklum berkenaan video kenyataan Muhyiddin yang memberitahu Perdana Menteri pernah mengaku jumlah RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya:
Selepas video itu menjadi viral sejak semalam, ini apa yang netizen ramalkan bakal menjadi topik utama yang dibincangkan dalam media negara Malaysia selepas ini:
Topik 1: “Itu semua fitnah!” Najib menangkis kenyataan Muhyiddin. Bekas TPM itu juga akan disaman kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
Topik 2: Kebencian rakyat Malaysia terhadap Najib diperhebat dan Kedudukan Najib semakin terancam. #undurNajib
Topik 3: Muhyiddin dilantik semula menjadi TPM selepas meraih undian tertinggi AFUNDI MASUK dari orang ramai. Dah macam Akademi Fantasia.
Topik 4: Ada segelintir netizen yang meberi komen bergambar di laman sosial dengan meletakkan gambar ini.
Ada sesiapa berani lawan?
Topik 5: Najib “ditendang” selepas BERSIH 4.0. Zahid Hamidi naik pangkat menjadi Perdana Menteri ke-7. Kemudian Zahid pula “ditendang” selepas BERSIH 5.0. Orang baru jadi PM, lepastu kena kick lagi lepas BERSIH 6.0. Dan begitulah seterusnya.
Topik 6: Rani Kulop dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-11 selepas Ahmad Maslan berdasarkan teori R.A.H.M.A.N. #Kipidap #Dongibab
Topik 7: Barisan Nasional mengekalkan kedudukan sebagai kerajaan selepas memenangi PRU-14. Walau apa pun terjadi, BN tetap menang.
Agaknya apa lagi yang akan terjadi ya?
Dipetik dari Says.com, artikel sekadar santai…
0 Response to "7 Ramalan Netizen Tentang Malaysia Selepas Video Muhyiddin Tersebar"
Post a Comment