Sering kita lihat di media sosial mengatakan drama tempatan memaparkan kisah yang tidak sama dengan realiti kehidupan sebenar diluar sana, ada yang membandingkan dengan drama-drama luar.
Kisah ini bukan terjadi pada drama tempatan, sebenarnya drama luar pun tidak terkecuali dengan tambah ‘perisa’ ini, seperti drama Korea yang memang menjadi kegilaan sesetangah wanita Malaysia.
Seorang wanita menyatakan yang dia dah tiga tahun menetap di Korea. Beliau juga menceritakan pengalamannya berada di sana di mana katanya amat berbeza apa yang dipaparkan dalam drama dengan realiti kehidupan sebenar.
Jom kita baca.
Selama hampir 3 tahun menetap di Korea, di sini Kina list kan beberapa perbezaan antara drama korea dan realiti yang sebenar:
Dalam drama Korea:
Anda dari kelas dan nak balik ke rumah tapi di luar hujan dan anda tak ada payung nak balik rumah, tiba2 ada oppa datang payungkan anda dan dia tolong hantar anda sampai ke rumah.
Dalam realiti:
Tunggu lah sampai ke malam pun takda orang nak datang payungkan. Balik la redah hujan tu sendiri, basah kuyup pun takda orang nak payungkan kau.
Dalam drama Korea:
Anda penat balik kerja dan terpaksa berdiri dalam train, tiba2 ada oppa bangun untuk bagi seat kat anda. Anda pun duduk sambil tersenyum2 gembira
Dalam realiti:
Berdiri lah selama mana pun, selagi takda seat kosong selagi tu lah kena berdiri. Kalau ada seat kosong pun berebut lah dengan orang2 lain siapa dapat dulu dia la yang dapat duduk
Dalam drama Korea:
Anda tengah jalan2 di bandar tiba2 terlanggar bahu seseorang, mata bertentang mata.. terus masing2 jatuh cinta
Dalam realiti:
Tengah jalan2 tiba2 terlanggar bahu orang, sikit lagi nak tersungkur. Orang tu terus berlalu pergi tanpa pandang kau pun. Sorry pun takda.
Dalam drama Korea:
Anda tengah berdiri di dalam bas tunggu untuk turun di next stop. Tiba2 bas break mengejut dan anda nak terjatuh. Tiba2 seseorang sambut anda dari terjatuh.. mata bertentang mata, jatuh cinta lagi..
Dalam realiti:
Anda tengah berdiri dalam bas dan driver bas yang bawa mcm orang gila tu tiba2 break mengejut. Anda jatuh tersembam ke lantai bas dan barang2 shopping beg2 anda berterabur, takda siapa tolong kau bangun. Semua tolong tengok je.. kau bangun lah sendiri.
Dalam drama Korea:
Semua orang cantik2, kulit halus mulus, badan slim tinggi, dan yang lelaki pun cantik2 macam perempuan.
Dalam realiti:
Indah khabar dari rupa. Semuanya pakai makeup tebal, yang lelaki ada siap pakai BB Cream & lipstick.
P/s Semua cerita ‘dalam realiti’ di atas adalah diadaptasi dari kisah benar yang saya sendiri alami bukan sekali, tapi dah beratus kali. Pengalaman melancong ‘seminggu ke korea’ dan pengalaman ‘tinggal bertahun2 di Korea’ adalah dua perkara yang berbeza. Bila melancong memang semua orang layan baik, tapi bila dah jadi part of the community tu anda akan nampak the true colour of the people. Sekian..
Sumber : Sakinah Omar FB
0 Response to "Wanita Ini Kongsi Perbezaan Antara Drama Korea VS Realiti Selepas 3 Tahun Tinggal Di Sana"
Post a Comment