Seorang daripada mangsa terperosok di bawah kereta.
Gombak: Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak kira-kira jam 11.15 pagi ini, lapor portal berita myMetro.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selayang, kemalangan itu turut membabitkan sebuah kereta yang mana mengakibatkan seorang penunggang motor rentung manakala rakannya maut dirempuh dalam kemalangan itu.
Jurucakap itu berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.22 pagi sebelum tiba lima belas minit kemudian bagi memadamkan kebakaran motosikal.
“Seorang mangsa yang parah sudah dikejarkan ke hospital manakala dua yang lain maut ditempat kejadian,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia mungkin berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan, kata jurucakap itu.
Related Posts :
Peminat Anggap Luis Hamilton Biadap, Curah Champagne Ke Muka Gadis Pengiring (4 Gambar)SATU organisasi yang menentang sexism, Object mengecam keras tindakan Lewis Hamilton mencurahkan champagne kepada wanita pengiring semasa me… Read More...
RAKYAT DIGALAKKAN BERTANI, KURANGKAN PERBELANJAAN HARIAN KOTA KINABALU - Rakyat di negara ini digalakkan menghidupkan kembali budaya bertani bagi memenuhi keperluan sendiri.Menteri Pertanian dan… Read More...
Pemilik Tidak Kisah Lamborghini Kemalangan, Ketawa Dan Berkata Esok Mahu Beli Lagi (2 Gambar) England – KERETA ‘sport’ jenis Lamborghini Gallardo bernilai £150,000 (RM812,388) ini telah merempuh sebatang pokok sebelum terbabas … Read More...
18 GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN MEWAH ANAK SULTAN BRUNEI Melihat majlis perkahwinan anak bongsu Sultan Brunei ini, pasti akan membuatkan anda rasa kagum, tergamam dan terkesima seketika. Perk… Read More...
RM11,000 - GAJI AHLI DEWAN NEGARA PALING RENDAH DI DUNIA KUALA LUMPUR - Susulan dari isu kenaikkan gaji Ahli Dewan Negara yang diumumkan minggu lalu, Presiden Majlis Senator Malaysia, Tan Sri D… Read More...
0 Response to "SERIUS : 1 Rentung, 1 Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi Di Lebuhraya Karak (7 Gambar)"
Post a Comment