WTF : Acara ‘I Want To Touch A Dog’ Bantu Hilang Rasa Takut Pada Anjing

Ratusan peserta membanjiri Central Park, One Utama, pagi ini bagi acara “Saya Mahu Sentuh Anjing” yang bertujuan untuk membantu orang ramai mengatasi rasa takut mereka pada anjing.





Menurut sebuah blog, menerusi maklumat dari Facebook I Want To Touch A Dog, acara ini merupakan satu kejayaan yang besar apabila orang ramai tidak sabar-sabar menghantar gambar mereka, komen dan pengalaman di ketika berada di acara itu.





Ramai yang menyifatkan acara itu sebagai “benar-benar indah” dan amat berterima kasih kepada pihak penganjur.






Antara yang hadir ialah panel speaker Melayu dan seorang sarjana Islam yang berperanan menjawab semua keraguan dan pertanyaan daripada orang ramai.



Acara ini juga menyediakan tutorial menerangkan bagaimana untuk membersihkan diri setelah memegang anjing.

Related Posts :

0 Response to "WTF : Acara ‘I Want To Touch A Dog’ Bantu Hilang Rasa Takut Pada Anjing"

Post a Comment