SERIUS : BACA SEBAB MENGAPA GAJI AHLI PARLIMEN WAJAR DINAIKKAN

Di bawah adalah luahan hati dari anak kepada seorang bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan kenaikan gaji yang baru diumumkan dalam Bajet 2015 Jumaat lalu.





“Salam tuan.





Selepas baca respon tentang kenaikan gaji MP td, baru saya berani untuk kongsi. Saya setuju kenaikan gaji MP sebab ayah saya bekas MP PKR.





Semasa dia menjadi MP, benar seperti apa yang direspon pada tuan, Ayah saya juga tidak terkecuali. Orang ramai datang rumah minta duit untuk beli ubat anak, bayar yuran anak, bayar duit nak pergi program anak.





Ayah saya terpaksa bayar gaji pekerja-pekerja yang bekerja di pusat khidmat dengan duit gaji sendiri. Untuk MP Pakatan Rakyat, mereka terpaksa bergantung sepenuhnya pada gaji dan elaun untuk run segala kerja mereka.





Ketika itu saga dan lapan orang adik masih belajar. Bukan semua MP makan gaji buta. Ayah saya telah cuba sehabis daya membantu. Beban tugas sebagai MP sangat berat. Keluarga tempat dia luahkan segalanya. Sebab tak semua orang dia mampu untuk penuhi permintaan.





Sekadar perkongsian peribadi. Salam.






Kredit gambar, Saiful Nang

______________________________________________







Kini anda faham mengapa Shahidan Kassim mengeluarkan kenyataan bahawa MP seringkali ikat perut. - My Media Hub

Related Posts :

0 Response to "SERIUS : BACA SEBAB MENGAPA GAJI AHLI PARLIMEN WAJAR DINAIKKAN"

Post a Comment