SERIUS : Berita Pelajar Politeknik Nyaris Dijual Di Thailand Adalah Palsu, Reka Cerita Kerana Gagal Siapkan Assigment




kita dikejutkan dengan satu berita salah seorang pelajar sebuah politeknik di Pasir Gudang, Johor yang mana kononnya dia terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila nyaris menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Thailand.





Menurut satu perkongsian dari blog Siakapkeli kejadian dan dakwaan tersebut hanyalah satu cerita rekaan semata-mata.



Berdasarkan soalsiasat yang telah dijalankan mendapati mangsa mempunyai masalah dengan pihak Politeknik kerana gagal menyiapkan beberapa tugasan (assignment). Untuk melepaskan diri, pelajar itu mereka jalan cerita dengan menaiki bas dari Johor ke Dungun dan mendakwa diculik selepas itu.



Kini polis mengesahkan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di Johor Bahru, Johor, yang mendakwa dia diculik bersama tujuh kanak-kanak lain di Pasir Gudang, malam tadi, adalah palsu. Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi oleh pihak Utusan.



Kronologi kejadian:



Jumaat, 10.55 malam

Pelajar meninggalkan kunci motosikal, beg kuliah dan dompet di atas motosikal yang berada di hadapn rumah.



Pelajar berkenaan kemudiannya pergi ke tempat menunggu bas dengan membawa 2 telefon bimbit dan wang tunai RM210.



Pelajar berkenaan kemudian menahan sebuah teksi untuk ke Stesen Bas Larkin.

Dilaporkan dia tidak membeli tiket untuk menaiki bas tetapi membuat bayaran sebanyak RM40 kepada pemandu bas.



Di dalam bas, pelajar berkenaan mematikan telefon bimbit dan membuka talian broadband.



Sabtu, 4 pagi

Pelajar berkenaan menghantar mesej WhatsApp kepada 2 rakan menceritakan cerita dia diculik.

Pelajar berkenaan turut menghubungi ibunya menceritakan cerita yang sama. Ibu pelajar berkenaan menyarankan supaya pelajar berkenaan membuat laporan polis.



Sabtu, sekitar 8 pagi

Setelah tiba di Dungun, pelajar berkenaan bertanyakan kepada seorang penjual surat khabar arah ke Ibu Pejabat Polis Dungun.



Seorang lelaki kebetulan hendak membeli surat khabar membawa pelajar berkenaan ke IPD Dungun untuk membuat laporan polis kira-kira jam 8.30 pagi.



Berita mengenai penculikan ini tersebar dan menggemparkan satu Malaysia.



Sabtu, sekitar 10 malam

Berita tentang kepalsuan laporan yang diceritakan oleh pelajar berkenaan mulai tersebar di aplikasi WhatsApp dan juga media sosial.



Ahad, sekitar jam 1 pagi

Ketua Polis Negara telah mengesahkan laporan polis yang dibuat oleh pelajar berkenaan adalah palsu.

Related Posts :

0 Response to "SERIUS : Berita Pelajar Politeknik Nyaris Dijual Di Thailand Adalah Palsu, Reka Cerita Kerana Gagal Siapkan Assigment"

Post a Comment