SERIUS : Tak Payah Bagi BR1M Kalau Kos Hidup Lain Naik – Ust. Kazim Elias






Semalam kerajaan telah mengumukan kenaikan harga minyak yang bermula jam 12.01 pagi tadi (2 Oktober 2014).



Kenaikan harga petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen sememangnya akan memberi kesan yang menyuluruh kepada kos sara hidup rakyat Malaysia selama ini.



Berikutan kenaikan harga minyak ini, kami tertarik dengan status yang dimuatnaik di Facebook oleh pendakwah bebas di Malaysia iaitu Ustaz Mohd Kazim Elias.



Didalam postingnya, beliau menyuarakan pendapat supaya meminta kerajaan seeloknya mengkaji semula kenaikan harga minyak yang kini berlaku hampir saban tahun.



Ikuti luahan pendapat beliau di bawah:






Salam.. Sepatutnya cari jalan lain utk mengurangkan kos.. byk benda lain yg x perlu dan patut dipotong perbelanjaannya.



Bukan dgn menaikkan harga Ron95.Sy rasa barisan penasihat patut lebih menyelami denyut nadi rakyat bukan dgn membuat pelbagai alasan kenaikan.



Belum terlambat utk kaji semula kenaikan ini, tak payah beri BRIM la kalau kos hidup lain naik ekoran kenaikan harga bahan api..



Harap2 pimpinan kerajaan fikirlah balik jika ingin melihat survival pemerintahan dpt bertahan. Kaji semula n buat kaedah lain yg lebih mengembirakan rakyat… inilah luahan rakyat biasa seperti saya tp ingatlah rakyat biasalah yg menentukan survival politik…



Tinjauan kami semalam mendapati majoriti diklangan rakyat amat terkilan dengan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak di saat majoriti masyarakat Malaysia yang beragama Islam akan meraikan sambutan Hari Raya Aidiadha hanya beberapa hari lagi.





Kenaikan harga minyak sememangnya memberi kesan lebih-lebih lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah, apa yang sangat dirisaukan lagi adalah barangan keperluan asas, makanan dan sebagainya juga akan mengalami kenaikan harga yang sama. -HarianBlogger.Com





Gambar dari: Al-akhaffandi

Related Posts :

0 Response to "SERIUS : Tak Payah Bagi BR1M Kalau Kos Hidup Lain Naik – Ust. Kazim Elias"

Post a Comment