COOL : Foto Rusa Bertaring, Kali Pertama Dirakam Semenjak 60 Tahun Yang Lalu






Seekor rusa yang memiliki gigi taring telah dijumpai di timur laut Afghanistan. Ini adalah penemuan pertama lebih dari 60 tahun selepas kali terakhir spesis ini ditemui di sana.



Rusa kasturi Kashmir, Moschus cupreus, telah dikaji oleh ahli-ahli sains pada tahun 1948 tetapi tidah direkodkan secara rasmi sehingga ditemui oleh pasukan hidupan liar.



Persatuan Pemuliharaan, Universiti Leeds dan wilayah Nuristan, Afghanistan, melaporkan telah melihat haiwan-haiwan ini. Walaupun dengan usaha bersepadu mengesan haiwan ini, hanya lima penampakan yang berjaya dilaporkan.



Laporan bertajuk Senarai Merah Spesis Terancam yang dikeluarkan IUCN mengatakan, spesis rusa ini hidup di kawasan pergunungan ekstrim di utara India, Pakistan dan Afghanistan. Oleh itu tidak banyak yang dapat diketahui mereka.



Menurut laporan itu, masalah utama kepupusan kerana permintaan yang tinggi terhadap kasturi/buntat yang terdapat pada kelenjar bau haiwan ini. Kasturi atau buntat pada haiwan ini yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi dipercayai berharga $45000 untuk satu kilogram di pasaran antarabangsa. Selain itu hutan yang menjadi habitat asal rusa ini juga sering diancam aktiviti pembalakan. -HarianBlogger.Com

0 Response to "COOL : Foto Rusa Bertaring, Kali Pertama Dirakam Semenjak 60 Tahun Yang Lalu"

Post a Comment