Propaganda adalah satu alat komunikasi yang bertujuan untuk mempengaruhi pendapat serta tindakan sesuatu kelompok atau masyarakat terhadap sesuatu isu ataupun perjuangan samada politikal ataupun peperangan.
Sejauh manakah sesuatu organisasi akan melancarkan propaganda untuk mempengaruhi pendapat anda?
Hasil titipan dari sebuah blog memaparkan beberapa contoh propaganda paling ekstrem yang pernah dibuat.
10. Video Amerika Diserang
Pada tahun 2013, Korea Utara telah menghasilkan sebuah video yang memaparkan satu serangan ke atas sebuah bangunan milik kerajaan Amerika. Klip video itu menunjukkan White House berada dalam sasaran sebuah bom atom.
9. Filem I Married A Communist
Filem yang dibuat pada tahun 1949 menunjukkan golongan yang berfahaman komunis sebagai gangster dan orang jahat. Bagi kru serta pelakon dalam filem ini akan dilabel sebagai komunis jika tidak mahu bekerja untuk produksi filem ini.
8. Penculikan
Diktator Korea Utara pada tahun 1978, Kim Jong-Il telah mengarahkan satu penculikan dibuat ke atas seorang pengarah filem dan pelakon wanita dari Korea Selatan. Pasangan Korea Selatan itu telah dipaksa untuk menerbitkan sebuah filem yang pro Korea Utara.
7. If Day
Kerajaan Kanada ketika itu telah melakonkan pencerobohan Jerman dengan tujuan untuk menggalakkan penjualan bon perang pada zaman Perang Dunia Kedua. Sebuah bandar di Kanada, Winnipeg dijadikan “medan tempur” sebelum pelakon yang berpakaian seperti Nazi menangkap orang awam serta menggantung swastika.
6. Kijong-Dong
Kijong-Dong merupakan sebuah bandar mewah yang palsu dibina pada tahun 50an untuk “menggoda” rakyat Korea Selatan supaya membelot dan menyertai Korea Utara. Korea Utara mendakwa sebanyak 200 orang tinggal disana. Namun, bangunan tersebut sebenarnya kosong dan lampu-lampu di kawasan berkenaan beroperasi menggunakan jangka masa.
5. Operation Infektion
Dalam tahun 1980an, pihak KGB mula menyebarkan khabar angin bahawa pihak Amerika Syarikat harus dipersalahkan kerana penyakit AIDS mula menular di seluruh dunia. KGB mendakwa bahawa penyakit AIDS adalah hasil daripada ujikaji Amerika mengenai senjata biologi.
4. Flames of War
Pada September 2014, pejuang ISIS telah menghasilkan sebuah video bertaraf trailer filem Hollywood yang menyatakan “peperangan baru bermula”. Dalam video berdurasi 52 saat itu, terdapat letupan secara perlahan atau slow-mo dan disusuli oleh perkataan “akan datang”.
3. Juden Raus
Permainan papan yang dihasilkan pada tahun 1938 ini bertujuan untuk mengusir Yahudi dari papan berkenaan. Para pemain dianggap menang sekiranya berjaya melalu “pintu pagar” untuk masuk ke Palestin.
2. Filem Homophobic
Russia telah menghasilkan satu filem yang anti-gay yang mendakwa pasangan yang suka sama jenis ini akan mengambil kanak-kanak sebagai anak angkat untuk dijadikan sebagai hamba seks. Filem berkenaan juga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang mengamal cara hidup berkenaan akan mati 30 tahun lebih awal dari mereka yang normal.
1. Ethnic Cleansing
Permainan video yang dicipta pada tahun 2002 menggalakkan para pemain membunuh Yahudi dan berkulit hitam. Pemain akan bermain sebagai ahli KKK dan karakter orang kulit hitam akan membuat bunyi seakan monyet apabila ditembak.
0 Response to "SERIUS : 10 Contoh Propaganda Paling Ekstrim Dunia"
Post a Comment