Hi semua. Hari ini saya nak kongsi tips bagaimana saya boleh turunkan berat badan dari 59 kg kepada 43 kg dalam masa satu bulan. Untuk pengetahuan semua, tinggi saya 145 cm, jadi anda boleh bayangkan dengan ketinggian itu dengan berat 69 kg? Tak tertanggung badan. Jadi, saya nekad yang saya perlu amalkan diet ( sebab masa itu nak masuk praktikal).
1. Hati kena kental. Kalau kejap nak diet, kejap tak nak, jangan beranganlah berat badan itu menurun. Yang penting anda mempunyai matlamat anda sendiri.
2. Dari segi pemakanan, saya langsung tak makan nasi, kway teow, bihun, mee, spagetti, maggi dan roti walaupun azab juga rasanya. Dalam satu bulan itu, saya memang tak makan semua makanan-makanan itu langsung. Mula-mula itu menangis jugalah tengok orang di rumah ini makan nasi itu semua.
3. Saya tak sentuh langsung semua makanan minuman yang manis seperti coklat, aiskrim, air berkarbonat dan yang sewaktu dengannya walaupun adakalanya terlepas juga. Selain itu, makanan yang paling pantang diambil dalam peraturan diet adalah, makanan segera.
4. Mesti bengang kan bila semua benda tak boleh makan? Habis, nak makan apa? Sebenarnya ada banyak saja makanan yang boleh makan seperti:
Pagi: Saya makan telur dua biji.
Tengah hari: Saya makan lauk seperti ayam, ikan, udang, ketam dan sewaktu dengannya. Sayur! Itu paling penting. Nanti tak pasal-pasal sembelit pula.
Petang: Saya akan makan benda yang sama, makan lauk juga. Menyirap jugalah ibu saya sebab saya selalu habiskan lauk di rumah. Hahaha!
Malam: Saya jarang makan malam kecuali lapar. Saya akan makan buah atau kudapan.
Kudapan: Ini jika terlalu lapar atau mulut anda memang jenis yang perlu ada makanan dalam mulut.
Seperti saya, saya akan goreng ikan bilis letak dalam tupperware. Kalau lapar, saya akan kunyah sajalah ikan bilis itu.
5. Bahagian yang paling penting, bersenam. Pagi petang siang malam, saya akan buat zumba. Anda boleh cari di laman YouTube, Persian Zumba. Saya ikuti langkah-langkah zumba yang ditunjukkan dalam video itu dan buat setiap hari sehingga saya mampu menghafal langkah-langkahnya. Takkan boleh kurus kalau anda malas nak bersenam. Percayalah saya.
6. Akhir sekali, paling penting anda perlu minum air. Kalau rasa lapar, minum air.
Jadi itu sajalah yang saya amalkan dalam tempoh satu bulan. Alhamdulillah sekarang dah hilang 16 kg. Jadi selamat berjaya kepada anda yang mahu mula berdiet itu ya. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
Semoga tips yang saya kongsikan ini dapat membantu anda untuk memulakan diet.
Sumber : Nur Shaerah Abdul Karim FB
0 Response to "Nak Turun Berat Badan 16KG Dalam 30 Hari? Ikut Cara Cik Manis Ini"
Post a Comment