Sebuah kajian telah dilakukan oleh penyelidik di Universiti Lincoln, Universiti Lancaster, dan University of Hertfordshire dimana seramai 500 peserta telah diajukan soalan tentang diri dan sikap mereka yang berkait dengan telefon pintar mereka.
Hasil daripada kajian tersebut mendapati pemilik Iphone mempunyai tahap kejujuran dan amanah yang rendah daripada pengguna Andriod. Kajian ini mengukur personaliti diri pengguna yang merangkumi keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, dan kerendahan hati.
Selain daripada itu, penyelidik juga mendapati bahawa pengguna Iphone juga lebih cenderung untuk melihat telefon mereka sebagai simbol status daripada pengguna Android, dan mereka mempunyai tahap yang lebih tinggi emosional, dan lebih cenderung untuk ekstrovert.
Pengguna Android kurang berminat dengan kekayaan dan status sosial, dan lebih jujur.. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cyberpsychology, Behaviour, and Social Networking, mendapati mereka kebarangkalian mereka untuk melanggar peraturan untuk kepentingan peribadi agak kurang berbanding daripada pengguna Iphone.
So, pengguna Android jangan telalu membangga sangat. Ini kajian rambang je, dah kalau memang diri tu tak jujur pakai public phone pon tetap tak jujur. Sepanjang pengalaman pakai Iphone lebih best berbanding pakai Android. Tapi dari ni tetap jujur dan amanah macam dulu.
0 Response to "Pengguna Android Lebih Jujur Berbanding Pengguna iPhone"
Post a Comment